New Page 3

:: `F@ZIE's INSPIRATION~ ::

New Page 5
" Ya Allah, perbaikilah untukku agamaku, yg menjadi pemelihara bagi urusanku, dan perbaikilah bagiku duniaku yg didlmnya berlaku kehidupanku, dan perbaikilah utkku akhiratku yg kpdnya tempat kembaliku. Jadikanlah kehidupanku merupakan tambahan terhadap segala kebajikan dan jadikanlah kematianku waktu berehat dr segala kejahatan -amin "


Saturday, March 22, 2008
Kasih Sayang ALLAH s.w.t

"Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian.
Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin
sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih
sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt.
Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.

Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”
(Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak
seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan
bersabar.”

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun
sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda
Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan
keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu
di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…



Posted at 9:52 pm by fazie d'bes
Your comment ??  

Wednesday, February 20, 2008
Wuduk Zahir & Batin

Wuduk Zahir & Batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan
khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang
khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih
ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya
kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim
Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku
berwudhuk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?

" Hatim berkata,
"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota
wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota
dengan tujuh perkara :

 
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku
kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian
'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini
adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir
dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian
aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku
bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

 

P/S: BERSOLATLAH DGN SEMPURNA KRN SEJAHAT-JAHAT HAMBA ITU ADALAH ORG YG MENCURI DI DLM SEMBAHYANGNYA...


Posted at 11:07 am by fazie d'bes
Your comment ??  

Tuesday, January 15, 2008
Mukjizat Azan

Mukjizatnya Azan

Pesanan  Semasa Mendengar Azan...


Kematian itu pasti  menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa  kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa....  lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul  maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "
Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,  jangan berkata apa-apa pun semasa azan  
berkumandang.

Sebagai orang  beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu  kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan  kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang  berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak
.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah  "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan  kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.


Dari itu marilah  kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian  kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah  "Lailahaillallah. .." semasa sakaratul maut menghampiri kami.  
Amin..amin.. amin  Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD  S.A.W.  kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3  tanda2nya:
1)   Jujur dalam berkata-kata.
2)    Menjauhi segala yg haram.
3)   Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi  orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1)    Merahsiakan  ibadahnya.
2)    Merahsiakan  sedekahnya.
3)    Merahsiakan ujian yg  menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3  tanda2nya:
1)    Takut berlaku dusta dan  keji.
2)    Menjauhi kejahatan.
3)     Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali,  bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi  dirinya.
2)     Menghisab  dirinya.
3)     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah  s.w.t.


Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak.

Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

 

 


Posted at 11:05 am by fazie d'bes
Your comment ??  

Wednesday, December 05, 2007
Detik Terakhir Rasulullah s.a.w

Detik Terakhir Rasulullah s.a.w

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

"Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku",
peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menekupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke
bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada
kita.

 

 


Posted at 11:42 am by fazie d'bes
Your comment ??  

Thursday, November 29, 2007
Ganjaran Bln Zulkaedah & Zulhijjah

GANJARAN BULAN ZULKAEDAH & ZULHIJJAH

TARIKH HARI2 PENTING GANJARAN
Bulan Zulkaedah
(1 Nov-10 Dis)
Rasulullah s.a.w. meninggalkan Kota Medinah menuju ke-Mekkah untuk menunaikan Haji Wida' (Haji penghabisan) baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin. Sesiapa yang keluar mencari ilmu pengetahuan (Agama)*, dia di dalam perlindungan Allah sehingga dia pulang. * Jika orang itu mati ketika pencariannya itu, dia mati syahid.
1hb Zulhijjah
(11 Dis 2007)
Allah mengampuni Nabi Adam 'Alaihis salam. Barang siapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah mengampuni segala dosanya.
2hb Zulhijjah
(12 Dis 2007)
Allah telah megkabulkan doa Nabi Yunus 'Alaihis salam dan mengeluarkan dari perut ikan. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah Taala selama satu tahun serta tidak menderhakai Allah dalam ibadahnya sekejap mata.
3hb Zulhijjah
(13 Dis 2007)
Allah telah mengkabulkan doa Nabi Zakariyah 'Alaihis salam. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengkabulkan doanya.
4hb Zulhijjah
(14 Dis 2007)
Nabi Isa 'Alaihis salam dilahirkan. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghilangkan kesusahanya dan kefakirannya.  Dan besok dihari qiamat bersama dengan orang-orang yang baik-baik dan yang mulia.
5hb Zulhijjah
(15 Dis 2007)
Nabi Musa 'Alaihis salam dilahirkan. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka dia bebas terhindar dari munafik dan dari siksa kubur.
6hb Zulhijjah
(16 Dis 2007)
Allah Taala telah membuka kebaikan untuk Nabinya. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikannya dengan kasih sayang dan dia tidak disiksa sesudah itu.
7hb Zulhijjah
(17 Dis 2007)
Semua pintu neraka jahannam ditutup dan tidak dibuka sehingga berlalu hari-hari yang sepuluh itu. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghindarkandaripa danya 30 pintu kesukaran dan membukakan baginya 30 pintu kemudahan.
8hb Zulhijjah
(18 Dis 2007)
Hari Tarwiyah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah Taala sendiri.
9hb Zulhijjah
(19 Dis 2007)
Hari Arafah Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka sebagai tebusan dosanya pada tahun yang lalu dan yang akan datang. Dan pada hari itu juga diturunkan ayat: "Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan aku sempurnakan pula ni'matku kepadamu".
10hb Zulhijjah
(20 Dis 2007)
Hari Raya Aidiladha Haram berpuasa pada hari ini. Barang siapa berkurban dengan suatu kurban, maka mulai titisan darah yang terjatuh ditanah, Allah mengampuni semua dosanya dan dosa-dosa kelurganya dan barang siapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah Taala menimbangnya menjadi lebih berat dari Gunung Uhud.
    Diceritakan dari Sufyan, bahawa dia berkata:"Saya mengitari kubur-kubur orang Islam diKota Bashrah pada beberapa malam dibulan Zulhijjah.  Tiba-tiba ada cahaya dikubur salah seorang dari mereka.  Maka saya berhenti sambil berfikir.  Pada saat itu ada suara keras yang mengatakan: "Hai Syufyan, supaya engkau berpuasa 10 hari dibulan Zulhijjah, maka akan diberikan kepadaMu seperti cahaya ini".
Akhir Zulhijjah & 1hb Mharram   Nabi s.a.w. bersabda: "Barang siapa berpuasa pada hari-hari itu, maka sungguh dia telah mengakhiri tahun yang lalu dan membuka tahun men datang  dengan berpuasa dan Allah telah menjadikan/memberik an baginya tebusan dosa selama 50 tahun".      Dari Siti Aisyah bahawa dia berkata:"Sungguh Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tidak satu hari pun yang disaat itu Allah memerdekakan para hambanya dari neraka lebih ramai daripada yang dia bebaskan pada hari Arafah".      Sabda Rasulullah s.a.w.: "Satu bacaan yang paling utama saya baca dan dibaca oleh para Nabisebelumku pada hari-hari yang 10 ini ialah: "Tidak ada Tuhan melainkan Allah dengan sendirinya".
10hb, 11hb, 12hb &13hb Zulhijjah Hari-hari yang diharamkan berpuasa  

 

 

 


Posted at 12:33 pm by fazie d'bes
Your comment ??  


Next Page



~Semoga hari ini menjadi hari yg terbaik & esok menjanjikan kebahagiaan yg hakiki~





YM Id : fadziderbes

assalamualaikum semua...
terima kasih yg x terhingga krn mengunjungi blog ini.
smoga anda menemukn sesuatu yg dcari dlm sebuah perjlnan yg bernama... kehidupan!!!


La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzalimeen
(Ch. Al-Anbiya (21): vs. 87)

"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang2 yang zalim"
And Yunus, when he went away in wrath, so he thought that We would not straiten him, so he called out among afflictions: There is no god but Thou, glory be to Thee; surely I am of those who make themselves to suffer loss.


"Dalam sempit yg terhimpit
dalam mencapai yg dgapai
kumelilit x membelit
kumelangkah x memangkah
dan dlm sepi yg membingit
kuterus gagahi.....
ALLAH jualah pemberi rezeki"


online

New Page 4

  frens comin' 2 my blog
 



Name
Email
URI
Msg

bila mata bertemu mata..akan mula rasa sayang,
bila hati bertemu hati..akan mula rasa kasih,
tapi bila dahi bertemu sejadah,
akan terasa kebesaran ILAHI...


"Dlm sepi Kita mengenal diri sendiri
Dlm bicara Kita mendengar keindahan bahasa
Dlm rindu Kita memahami erti syahdu
Dlm cinta Kita berdepan bahagia & derita
Dlm solat Kita bertemu Allah dgn penuh khusyuk & pasrah"


99 NAMA ALLAH

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijap kalbu
Antara kau dan aku

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...






<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKBAR
LA ILA HAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH
ALLAHUMMASALLIM WASALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
WA ALA 'ALIHI WASAHBIHI AJMA'EEN




Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year


"MaNuSia YaNG BAHAGIA iaLaH MaNuSia YaNG BeRJaYa MEMBAHAGIAKAN iNSaN2 Di SeKeLiLiNGNYa" - SaBDa JuNJuNGaN


"BAHAGIA seseorg manusia x terletak pada penilaian orang lain, duka seseorg manusia x sama dirasai orang lain, ttp BAHAGIA yg hakiki adalah ketaqwaan yg semua manusia patut miliki."


"KiTa HaNYa BoLeH HiDuP SeKaLi SaHaJa Di MuKa BuMi iNi, TeTaPi JiKa KiTa MeNJaLaNi KeHiDuPaN YaNG BAIK, SeKaLi SaHaJa SuDaH MeMaDai" - Joe E.LeWiS




FALSAFAH HIDUP SAIDINA ALI R.A


DOSA terbesar adalah TAKUT

REKREASI terbesar adalah BEKERJA

KESALAHAN terbesar adalah PUTUS ASA

KEBERANIAN terbesar adalah SABAR

GURU terbaik adalah PENGALAMAN

RAHSIA terpenting adalah KEMATIAN

KEBANGGAAN terbesar adalah KEPERCAYAAN

KEUNTUNGAN terbesar adalah ANAK SOLEH

PEMBERIAN terbaik adalah PARTICIPATE

MODAL terbesar adalah PERCAYA DIRI


Search Islamic Directory
Keyword:


MuTiaRa KaTa

aMBiLLaH WaKTu uTK BeRFiKiR,
iTu aDaLaH SuMBeR KeKuaTaN.


aMBiLLaH WaKTu uTK BeRMaiN,
iTu aDaLaH RaHSia DaRi MaSa MuDa YaNG aBaDi.


aMBiLLaH WaKTu uTK BeRDoa,
iTu aDaLaH SuMBeR KeTeNaNGaN.


aMBiLLaH WaKTu uTK BeLaJaR,
iTu aDaLaH SuMBeR KeBiJaKSaNaaN.


aMBiLLaH WaKTa uTK MeNCiNTai DaN DiCiNTai,
iTu aDaLaH HaK iSTiMeWa YaNG DiBeRiKaN TuHaN.


aMBiLLaH WaKTu uTK BeRSaHaBaT,
iTu aDaLaH JaLaN MeNuJu KeBaHaGiaaN.


aMBiLLaH WaKTu uTK TeRTaWa,
iTu aDaLaH MuZiK YaNG MeNGGeTaRKaN HaTi.


aMBiLLaH WaKTu uTK MeMBeRi,
iTu MeMBuaT HiDuP TeRaSa BeeRTi.


aMBiLLaH WaKTu uTK BeKeRJa,
iTu aDaLaH NiLai KeBeRHaSiLaN.


aMBiLLaH WaKTu uTK BeRaMaL,
iTu aDaLaH JaLaN MeNuJu SYuRGa.



sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah,
sebesar-besar ibadat ialah berfikir tentang Allah




Jadilah hamba kepada pahala,
jangan jadi raja kepada dosa,
supaya mampu mengejar nikmat syurga,
tidak pula dikejar azab neraka.




kasih ABADI...kasih ILAHI
kasih HAKIKI...kasih NABI
kasih SEJATI...kasih IBU
kasih SUCI...kasih SESAMA SENDIRI



"AKAL SETIPIS RAMBUT,
TEBALKAN DGN ILMU

HATI SERAPUH KACA,
KUATKAN DGN IMAN

PERASAAN SELEMBUT SUTERA,
HIASILAH DGN AKHLAK"



aNDai HiDuP PuNCa PeRPiSaHaN,

BiaRLaH MaTi MeNYaMBuNGNYa SeMuLa,

NaMuN SEaNDaiNYa MaTi PuNCa PeRPiSaHaN,

BiaRLaH HiDuP iNi MeMBaWa ERTi YaNG NYaTa.

~iMAN~


"dan tidaklah aku ciptakan jin & manusia melainkan utk beribadah kpdku"
(al-dzariyat:56)




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed